Mengenai Kami

Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat konsensi yang diberi hak oleh kerajaan untuk membina, senggara dan serah – kembali (built, operate & transfer). Lebuhraya ini telah disiapkan dan dibuka untuk lalulintas pada 15 Januari 2007.

Lingkaran Luar Butterworth bermula dari CH 375 berhadapan Megamall Penang dan berakhir di CH14300 berhampiran Persimpangan Sungai Dua (PLUS) merangkumi laluan sejauh lebih kurang 14.0 km. Di samping itu, syarikat konsensi juga mengambil alih sebahagian Lebuhraya Butterworth – Kulim sepanjang 5Km bermula dari km 0 – km 5 termasuk “underpass” untuk senggara dan operasi sejak tahun 1998 iaitu sebelum syarikat konsensi dalam proses meningkatkan taraf Lebuhraya Butterworth-Kulim ini dari segi keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya.

Kemudahan-kemudahan asas yang disediakan termasuklah Paparan Elektronik (VMS), Kamera Litar Tertutup (CCTV), perhentian bas dan Teksi,  dan jejambat pejalan kaki. Kemudahan lampu Jalan juga disediakan untuk keselesaan pengguna  lebuhraya yang telah dipasang oleh pihak syarikat konsensi diseluruh jajaran jajaran lebuhraya.

Di samping itu bahagian Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth ini mempunyai 6 persimpangan dan 3 jambatan. Persimpangan tersebut adalah Persimpangan Bertingkat Perai Lam, Persimpangan Bertingkat Dermaga Dalam, Persimpangan Bertingkat Terminal Feri, Persimpangan Bertingkat Bagan Ajam dan Persimpangan Bertingkat Bagan Lalang. Manakala Salah satu jambatan yang dibuna ialah di atas Sungai Perai yang menggunakan cara pembinaan tercanggih dengan kualiti yang tinggi.

Lebuhraya ini merupakan lebuhraya pertama di Malaysia melalui persisiran pantai dan terdapat kawasan Rehat & Rawat di tepi Pantai Bersih. Lebuhraya ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Butterworth. Lebuhraya ini secara langsung menyempurnakan jalinan rangkaian sistem utama dengan sambungan terus ke lebuhraya Utara Selatan dan lebuhraya Timur Barat. Di samping itu juga, projek ini berjaya mengubah lanskap serta meningkatkan sosio-ekonomi Bandar Butterworth. Projek ini juga telah menyumbang kepada pembangunan Ekonomi Wilayah Utara (NCER) agar pembangunan di Butterworth tidak ketinggalan dan standing di era globalisasi. Ianya juga merialisasikan pembukaan jurang antara Bandar dan luar Bandar dengan adanya hubungan insfrastruktur yang moden, bersih dan tercanggih.

Kongsi Halaman Ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp